Monday, April 19, 2010

Elak Tabiat Buruk

Tabiat buruk yang perlu dielak bagi bina kerja

1. Jangan menolak tugas
Sikap negatif enggan menerima tugas yang dirasakan susah atau tidak mahu bertugas di luar daerah perlu dielakkan. Jika asyik memilih tugas, impian untuk berjaya dalam kerjaya tinggal angan-angan.

2. Menangguh kerja
Selesaikan tugasan secepat mungkin dan elakkan menagguh kerja untuk tempoh lama kerana beban kerja semakin hari semakin bertambah.

3. Salah guna harta syarikat
Jangan menggunakan harta syarikat, seperti telefon, mesin fotokopi, melayari internet sewenang-wenangnya. Kita perlu amanah dan bertanggungjawab ketika bekerja.

4. Bergosip dan berpuak-puak
Sikap negatif ini tidak membawa faedah kerana membuang masa dan mengundang konflik sesama rakan sekerja.

5. Datang Lewat
Disiplin amat penting bagi menentukan hala tuju hidup, jika gagal mengawal disiplin untuk menepati waktu, anda mungkin menghadapi masalah disiplin yang kritikal.

Fikir-fikirkanlah.......

2 comments:

jemaya63 said...

Sebagai yang menurut perintah, buat aje spt yang diarah ... nak arah orang, tunggu jd GB... Walaupun tak tahu nak buat, tak rugi rendahkan diri tanya org bawahan atau "try and error' ... lama-lama jd mahir yg penting hendak seribu daya tak nak seribu dalih...

Lee lepih said...

Salammmm...kalau suruh aku buat kerja orang, dah tentu aku tolak heheheh...terutama kerja orang yang malas.. Bior die buat sendiri. Tak kesionya teman...

Post a Comment