Thursday, May 13, 2010

SELAMAT HARI GURU

Salam untuk semua rakan-rakan.
Rasanya tidaklah terlalu awal sangat untuk mengucapkan Selamat Hari guru kepada semua. Walaupun tahun ini kita tidak dapat menyambutnya di sekolah, rasanya kita akan dapat juga menyambutnya di UPSI. Kita masih ada tugas yang berat dan selangkah lagi untuk mencapai cita-cita dan impian kita bersama. Apa pun ingatlah sekali menjadi guru akan selama-lamanya menjadi guru dan panggilan keramat cikgu akan kekal selama-lamanya sehingga ke akhir hayat.
SELMAT HARI GURU, GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.

Monday, April 19, 2010

Elak Tabiat Buruk

Tabiat buruk yang perlu dielak bagi bina kerja

1. Jangan menolak tugas
Sikap negatif enggan menerima tugas yang dirasakan susah atau tidak mahu bertugas di luar daerah perlu dielakkan. Jika asyik memilih tugas, impian untuk berjaya dalam kerjaya tinggal angan-angan.

2. Menangguh kerja
Selesaikan tugasan secepat mungkin dan elakkan menagguh kerja untuk tempoh lama kerana beban kerja semakin hari semakin bertambah.

3. Salah guna harta syarikat
Jangan menggunakan harta syarikat, seperti telefon, mesin fotokopi, melayari internet sewenang-wenangnya. Kita perlu amanah dan bertanggungjawab ketika bekerja.

4. Bergosip dan berpuak-puak
Sikap negatif ini tidak membawa faedah kerana membuang masa dan mengundang konflik sesama rakan sekerja.

5. Datang Lewat
Disiplin amat penting bagi menentukan hala tuju hidup, jika gagal mengawal disiplin untuk menepati waktu, anda mungkin menghadapi masalah disiplin yang kritikal.

Fikir-fikirkanlah.......

Sunday, April 18, 2010

CABARAN PROFESION PERGURUAN

Profesion keguruan adalah satu bentuk perkhidmatan sosial yang amat mencabar malah terdapat pelbagai tanggapan dan dakwaan berhubung profesion perguruan dewasa ini.
Ada yang melihat sekolah sebagai sebuah organisasi yang dihujani pelbagai bebanan tugas dan ada kalanya bentuk tugasan ini bukan yang terancang tapi sesuatu tidak terduga. Pandangan sebegini pasti akan menyebabkan reputasi profesion perguruan yang sentiasa dipandang tinggi dan mulia terjejas.
Guru profesional adalah seorang seseorang yang tahu menghasilkan kerja bermutu tinggi dalam bidangnya serta sentiasa bersedia berkongsi kepakarannya di samping sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Matlamat kerjaya seoarang guru ialah menghayati prinsip perkembangan yang berterusan.
Impak daripada tugas yang dilaksanakan ternyata memberi sumbangan yang amat penting dalam pembangunan ekonomi dan masa depan generasi muda khususnya dalam konteks pembinaan modal insan. Seorang guru perlu melalui beberapa peringkat dalam kerjayanya sebelum dapat mencapai ke tahap kepakaran atau kecemerlangan. Antara cabaran yang perlu ditangani para pendidik kini adalah untuk melahirkan masyarakat bersatu padu, berilmu pengetahuan dan berdaya saing.
Ini kerana masyarakat kini bersifat dinamik dan progresif serta mula menyedari bahawa pendidikan adalah alat penting untuk menjamin kesejahteraan hidup pada masa akan datang. Pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama iaitu mengajar, mendidik serta merubah manusia yang bernama pelajar daripada keadaan tidak mengenal huruf, mengira dan membaca kepada celik huruf, bijak dan menjadi manusia berjaya.

rosmaliana @hmetro.com.my

Untuk bacaan lanjut, sila rujuk Harian Metro, Sabtu 17 Aril 2010, ruangan 1klassifieds.

Friday, April 9, 2010

Kepentingan Teknologi Maklumat (ICT) Dalam Membantu Pengurus Melaksanakan Fungsi Kepimpinan



Implementasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (selepas ini dipanggil ICT) dalam organisasi pendidikan pada masa kini merupakan satu fenomena biasa. Kajian-kajian mengenai implementasi teknologi bermula sekitar tahun 1950-an. Revolusi teknologi telah berjaya melakukan perubahan pendekatan terhadap pengurusan teknologi korporat. Laudon dan Laudon (1998) menyatakan terdapat empat jenis perubahan organisasi yang dihasilkan oleh ICT iaitu automasi, rasional, perekayasaan dan perubahan paradigma. Automasi merujuk kepada aplikasi ICT untuk membantu pekerja melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan dan meningkatkan prestasi kerja. Rasional berrmaksud memudahkan prosedur operasi bagi mengelakkan bottleneck supaya proses automasi akan menjadikan prosedur lebih berkesan.
Kedua-dua model ini merupakan pendekatan kejuruteraan iaitu memberikan penekanan kepada proses membangun, merancang, membina dan mengawal. Sementara perekayasaan pula merujuk kepada mereka semula proses-proses perniagaan dengan tujuan utama untuk mengurangkan kos dan masa secara signifikan. Perubahan paradigma merupakan proses perekayasaan yang lebih radikal melibatkan mengkonsepsi semula proses perniagaan dan ciri organisasi. Menurut Davies (1996), pendekatan perekayasaan merupakan satu kaedah yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin sekolah bagi menghadapi cabaran abad ke 21.
Justeru, ICT sememangnya dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya. Pengurus sekolah tidak dapat dipisahkan daripada membuat keputusan pada setiap hari kerana ini merupakan elemen penting dalam menjalankan tugas merancang, membuat keputusan, menganalisis, sumber manusia, memimpin, mengawal, berkomunikasi serta berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah dan cepat yang melibatkan maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar, pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal yang berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya. Ini bersesuaian dengan pendapat Laudon dan Laudon (1997) yang menyatakan sistem maklumat dan komunikasi adalah komponen-komponen yang bersepadu yang mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan, merancang, mengawal dan menganalisis.
Secara umum ICT dapat menukarkan data-data mentah yang tidak memberi makna kepada maklumat yang tersusun dan berguna apabila ianya diproses, disimpan dan boleh dikemaskinikan dengan mudah dan cepat dengan menggunakan pelbagai perisian komputer yang ada. Maklumat-maklumat yang telah diproses ini sudah tentu dapat membantu pengurus sekolah membuat keputusan-keputusan yang tepat dan berguna dalam perancangan, pemantauan dan kawalan. Sebagai contoh dengan menggunakan sistem maklumat berasaskan komputer, maklumat mengenai pencapaian pelajar dalam peperiksaan disimpan, diproses dan dianalisis dalam bentuk graf, carta pai, carta bar, senarai dan jadual-jadual statistik yang mudah membantu pentadbiran sekolah mengesan kekuatan dan kelemahan yang ada dan seterusnya memudahkan mereka membuat perancangan dan program susulan yang sesuai dan dengan sendirinya keputusan yang diambil nanti relevan dengan isu dan masalah yang berbangkit.
Maklumat berkaitan pelajar tidak hanya terhad kepada peperiksaan semata-mata kerana mereka merupakan komuniti utama dalam sesebuah sekolah. Maklumat berkaitan pelajar termasuklah maklumat peribadi, pencapaian akademik, penglibatan kokurikulum, disiplin, sahsiah, buku teks, biasiswa dan sebagainya boleh diakses dengan mudah dan cepat untuk kegunaan pengurusan sekolah dengan bantuan teknologi ICT.

Dulu maklumat yang disimpan di dalam fail kurang membantu dan dimanfaatkan kerana sukar dicapai. Tetapi kini dengan bantuan ICT, pengurusan sekolah dapat bekerjasama, berurusan dan membantu pihak luar seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis, Mahkamah dan pihak-pihak tertentu dengan lebih mudah dan cepat apabila maklumat sentiasa dapat dikemaskinikan.
Selain itu tugas pengurusan pejabat yang berkaitan dengan pengurusan kewangan, pengurusan stok, inventori, pembelian dan pelupusan barang memerlukan satu sistem yang memudahkan pengurusan sekolah membuat keputusan-keputusan penting. “Sistem Sokongan Keputusan” (DSS) adalah perisian komputer yang boleh menganalisis data dan dapat memudahkan pembuatan keputusan berdasarkan output yang ditunjukkan.
Reigelath (1987), berpendapat struktur sistem pendidikan semakin rendah apabila masyarakat cepat berubah dengan teknologi tinggi yang berorientasikan maklumat. Berdasarkan kenyataaan tersebut tidak dapat tidak pengurus pendidikan memainkan peranan dan tanggungjawab penting dalam menghadapi cabaran ke arah arus perubahan keseluruhan sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah. Bermula dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran, pendekatannya harus disesuaikan dengan arus perkembangan ICT terkini.
Dalam konteks ini guru bukan lagi dilihat sebagai sumber utama untuk menyampaikan maklumat tetapi lebih sebagai pemudah cara. Sebagai pengurus pendidikan sewajarnya mempastikan guru-guru mempunyai kebolehan dan kemahiran memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran dan tahu menggunakan teknologi komunikasi seperti CD Rom, cakera padat, video, komputer, komputer bimbit, dan perisian-perisian aplikasi komputer seperti e-mail, pengkalan data, pemprosesan perkataan, hamparan eletronik, internet, perisian persembahan dan lain-lainnya.
Menurut Stair dan Reynolds (1999), tujuan utama sistem maklumat dan komunikasi adalah untuk membantu organisasi mencapai matlamat-matlamatnya dengan membekalkan pengurus-pengurus dengan “insight” ke atas operasi organisasi supaya mereka dapat mengawal, mengelola dan merancang dengan lebih berkesan dan lebih cekap. Justeru itu pengurus sekolah seharusnya menyiapkan diri dengan kepakaran dan kelebihan dalam teknologi maklumat ini kerana kemampuan mereka itu akan memudahkan sekolah diurus dengan berkesan dan cemerlang dan boleh menghadapi perubahan-perubahan drastik dalam dunia pendidikan.
Kementerian Pendidikan umpamanya sebagai badan induk dunia pendidikan telah memainkan peranan penting untuk menghadapi zaman globalisasi dan dunia pendidikan tanpa sempadan dengan memasukkan kurikulum ICT dalam KBSR dan KBSM. Di samping sifat ICT itu sendiri yang membentuk suasana pembelajaran sepanjang hayat dan memberi peluang-peluang pembelajaran yang tidak ada had maka adalah menjadi suatu kewajaran kepada pengurus-pengurus pendidikan untuk menyesuaikan diri dengan segera kepada perubahan-perubahan ini.
Dalam konteks sekolah kini, kebanyakan sistem pengurusan pejabat menggunakan peralatan komputer dengan menggunakan perisian-perisian seperti MS Excel untuk kewangan sekolah, sistem sokongan keputusan (DSS) untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, sistem maklumat pengurusan (MIS) yang membolehkan capaian mudah kepada data pelajar dan staf, sistem pengautomasian pejabat (OAS) untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan urusan seharian pejabat dengan menghasilkan kerja yang lebih pantas dan lebih kemaskini. Selain itu satu aplikasi komputer dalam pengurusan skim pinjaman buku teks dibangunkan menggunakan perisian dBase IV dapat membantu pengurusan dalam proses pinjaman buku.
Keadaan-keadaan ini amat menuntut pengurus sekolah supaya sama-sama bergerak seiring dengan arus perubahan tersebut supaya mereka menjadi seorang pengurus, pemimpin dan pentadbir yang berketrampilan dan berwibawa seperti mana pandangan Zarina Zakaria (1998) yang menyatakan bahawa ekspektasi pentadbir sekolah terhadap sistem-sistem maklumat dan sikap mereka terhadap penggunaan komputer memberikan impak yang besar kepada kejayaan sekolah.
Pengurus pendidikan harus menitikberatkan ICT sebagai satu pemboleh ubah penting dalam mewujudkan sistem pengurusan berprestasi tinggi. Secara khusus, pengurusan ICT menekankan pencapaian kecekapan pengurusan dengan memastikan maklumat yang betul dapat diperoleh tepat pada masanya. Untuk mencapai ini, peranan ICT sentiasa ditambah baik bagi meningkatkan integrasi dengan proses pengurusan. Misalnya komunikasi yang melibatkan proses penghantaran dan penerimaan mesej. Melalui komunikasi pengurusan dan pentadbiran sekolah boleh berkongsi maklumat-maklumat yang berguna untuk sebarang urusan. Bentuk komunikasi seperti surat-menyurat, memo, fax, pesanan suara dan telefon adalah menjadi kebiasaan di mana-mana.
Hakikatnya memang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasi sekolah yang mendorong untuk menjadikan sekolah sebuah organisasi pembelajaran dan mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan warga sekolah. Oleh itu, perkembangan teknologi ICT perlu diteroka semaksimum mungkin bagi digunakan dalam melaksanakan misi pengurusan. Penggunaan teknologi tidak boleh lagi terhad kepada aspek tertentu sahaja, sebaliknya ia perlu menyeluruh dan bersepadu supaya perkongsian maklumat di dalam dan di antara agensi dapat dimanfaatkan bagi tujuan pemantauan serta penilaian keberkesanan dasar dan matlamat pengurusan maklumat.
Ditulis oleh: Kulanz Salleh pada: Wednesday, March 17, 2010
Labels: , ,

Wednesday, April 7, 2010

RAHSIA MAKANAN

PRUN - Penuh Khasiat

Gula di dalam buah plum kering ini sangat semulajadi. Plum kering ini juga dikenali sebagai prun mengandungi banyak antioksida. Prun ini juga mengandungi banyak serat yang dikatakan mampu membantu memenjangkan umur dan mensegah serangan jantung. Sajian sebanyak setengah gelas (100 gram) akan menyumbang 25 % keperluan serat harian.

Mari kita renungkan

•Kalau Guru…..
Kalau guru tunggu diarah….
Semua kerja kena kerah.
Kalau guru kurang mengajar….
Dapat murid kurang ajar.
Kalau guru kurang merancang….
Dalam bilik darjah banyak temberang.
Kalau guru suka berdamping….
Semua murid dapat dibimbing

•Kalau seorang guru…..
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara..
Ramai murid pandai bicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai..
Tak akan tahu murid lemah atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa..
Dikenang murid sepanjang masa.
-mas adeki

KEPENTINGAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI IT MASAKINI

1. Pengenalan

Komputer merupakan satu alat yang amat penting pada masa kini. Ia banyak digunakan untuk membantu manusia dalam melakukan tugas-tuga seharian. Ia juga mampu melaksanakan berjuta-juta arahan dalam masa yang singkat dan membantu mempercepatkan urusan yang berkaitan dengannya.

Secara dasarnya komputer adalah satu alat elektronik yang terdiri daripada komponen dan litar-litar elektronik serta peranti-peranti masukan dan keluaran yang mempunyai tugas-tugas tertentu di mana setiap perkakasan ini memerlukan antara satu sama lain untuk beroperasi. Ia boleh dikatakan sebagai satu mesin yang menyerupai manusia kerana ia mempunyai memori yang sama seperti daya ingatan manusia, mikropemproses yang sama seperti otak manusia, unit masukan yang sama seperti deria manusia dan unit keluaran yang sama seperti tindakan manusia.

Pada masa kini terdapat banyak jenis komputer di dunia ini seperti mikrokomputer, mini komputer, pelayan atau server, alat pendigit, super komputer dan sebagainya. Walaubagaimana pun kebanyakkan sistem komputer masa kini adalah berasaskan sistem untuk kegunaan peribadi atau pejabat yang mana ia lebih dikenali sebagai komputer peribadi. Sistem komputer ini adalah lebih murah dan amat mudah digunakan serta menjadi pilihan utama kebanyakkan pengguna komputer.

Di Malaysia sendiri kebanyakkan penguna komputer peribadi lebih berminat untuk memiliki komputer jenis IBM serasi berbanding Mac kerana ia lebih mudah untuk dikonfigurasi dan digunakan. Kelebihan komputer peribadi jenis IBM ialah ia menggunakan perkakasan yang fleksibel di mana ia lebih dipasang dengan kebanyakkan perkakasan yang ada di pasaran. Sistem komputer IBM ini serasi dan sememangnya mampu menyokong kebanyakan perisian komputer pada masa kini. Ia juga berbeza dari segi konfigurasi perkakasan yang digunakan oleh sistem komputer itu sendiri.

2. Anda sebagai insan yang hidup di abad ini.

Komputer ialah alat elektronik yang menyimpan maklumat pada cakera atau pita bermagnet, menganalisisnya dan mengeluarkan maklumat selanjutnya apabila ianya diperlukan. Generasi sekarang mengganggap komputer bukan lagi merupakan satu barangan mewah kerana penggunaan komputer sudah menjadi menjadi satu keperluan.

Komputer digunakan di mana-mana sahaja seperti pejabat, pasar raya, lapangan terbang, bank, rumah , sekolah dan sebagainya. Manusia semakin bergantung kepada komputer untuk mempertingkatkan produktiviti dan kecekapan mereka. Tanpa komputer dunia seakan-akan terhenti seketika.

Keterampilan penggunaan komputer yang tinggi akan menjamin peningkatan produktivivti yang tinggi membawa maksud kecekapan dan kemampuan menggunakan peralatan elektronik yang menyeluruh, dari segi teknikal dan membangun serta menggunakan perisisan, pengkalan data, laman web dan lain-lain lagi pada kemahiran yang tinggi, menjanjikan daya pengeluaran yang memberangsangkan.

Penggunaan komputer hari ini sudah menjadi nadi yang menghidupkan segala aktiviti dan urusan dalam pelbagai bidang. Dengan bantuan komputer serta keterampilan penggunaannya dalam pelbagai bidang telah membawa keberhasilan yang tinggi serta dapat mempertingkatkan produktiviti sektor yang terbabit.

2.1 Penggunaan komputer dalam pelbagai bidang

Penggunaan komputer hari ini sudah menjadi nadi yang menghidupkan segala aktiviti dan urusan dalam pelbagai bidang. Dengan bantuan komputer serta keterampilan pengunaannya dalam pelbagai bidang telah berjaya meningkatkan produktiviti sektor yang terbabit. Penggunaan komputer banyak digunakan dalam pelbagai bidang di antaranya :

a. Penggunaan komputer di rumah

Komputer sering digunakan di rumah sebagai sebuah perkakas untuk melayari laman web, menaip surat, bermain games dan mendengar MP3. Namun tidak dinafikan bahawa ada pengguna yang mempunyai keterampilan dalam pengunaan komputer yang menggunakannya untuk membina laman web serta menggunakan pelbagai perisian.

Kaji selidik yang dilakukan majalah PC, banyak pengguna komputer yang menggunakan komputer mereka untuk tiga perkara iaitu melayari laman web disamping chatting dan e-mel. Hanya segelintir sahaja yang mempunyai keterampilan dalam pengunaan komputer melakukan kerja-kerja berfaedah dengan komputer di rumah. Dengan adanya komputer, wujud konsep pejabat di rumah yang membolehkan seseorang menghabiskan kerja di rumah.

b. Penggunaan komputer dalam bidang perdagangan

Sektor perdagangan merupakan kegiatan ekonomi yang utama. Penggunaan komputer sangat penting untuk meningkatkan mutu dan daya pengeluaran sektor perdagangan sesebuah negara. Terdapat beberapa perkara dalam perdagangan yang telah dilakukan oleh komputer. Yang semakin banyak dilihat ialah cara barangan dikodkan dengan menggunakan kod palang yang menyimpan maklumat seperti kod dan nama barang serta harganya.

Selain membantu meningkatkan hasil, penggunaan komputer dalam perdagangan juga dapat mengembangkan pencapaian ke negara lain apabila wujudnya teknologi canggih seperti internet dan e-dagang yang membolehkan pengguna membeli barangan dengan mudah serta dapat menjimatkan masa dan kos manakala pihak peniaga pula dapat meluaskan pasaran produk mereka seterusnya mengaut keuntungan.

Banyak lagi cara bagaimana komputer boleh digunakan perdagangan. Perkara yang pasti ialah kehadiran teknologi pengkomputeran menjadikan perdagangan bukan sahaja menjanjikan peningkatan dalam mutu perkhidmatan jualan tetapi juga peningkatan dalam penjualan dan produk.

c. Penggunaan komputer dalam bidang pengeluaran

Pengeluaran sesuatu produk juga sudah banyak menggunakan keterampilan penggunaan komputer. Dalam sektor pengeluaran, komputer mungkin digunakan untuk

mereka bentuk sesuatu produk dan robot mungkin digunakan untuk membuat kerja-kerja yang diprogramkan oleh manusia. Kebiasaannya teknologi robot digunakan jika sesuatu kerja itu akan membahayakan kesihatan dan nyawa manusia atau kerja-kerja yang lebih cepat jika dibuat oleh robot. Kebanyakkan kilang pengeluaran kereta, contohnya seperti Proton menggunakan robot dalam kerja-kerja pemasangan kereta. Pengunaan robot dalam dalam sektor pengeluaran selain dapat menjimatkan tenaga pekerja dan kos operasi dalam jangka panjang juga dapat meningkatakan produktiviti pengeluaran serta memastikan kerja yang siap menampakkan mutu yang sama.

d. Pengunaan komputer dalam bidang perhubungan dan telekomunikasi

Penggunaan telekomunikasi atau komputer yang dirangkaikan di peringkat antarabangsa banyak memberi kesan yang positif. Melalui kemudahan telekomunikasi pelbagai jenis perhubungan dapat dilakukan. Contohnya, komunikasi antara bank, pengeluar kad kredit, syarikat insurans, syarikat penerbangan, institusi pendidikan dan penyelidikan dapat dibuat dengan pantas melalui rangkaian komputer antarabangsa seperti internet.

Melalui internet, segala maklumat boleh di hantar dengan cepat melalui e-mel. Program Skype membolehkan kita berkomunikasi dan menghantar faks pada kos yang lebih murah berbanding menggunakan telefon. Telesidang membolehkan perhubungan dan perkongsian maklumat dilakukan secara jarak jauh. Oleh itu, masa dan kos perbelanjaan dapat dijimatkan.

e. Penggunaan komputer dalam bidang grafik dan perfileman

Industri pembikinan filem telah melangkah setapak lagi dengan adanya bantuan komputer. Keterampilan pengunaan komputer yang tinggi membolehkan pembikinan filem yang bermutu tinggi dihasilkan. Seperti yang sering kita ketahui, filem-filem dari barat terutamanya menggunakan grafik berkomputer untuk menambahkan elemen-elemen tertentu dalam filem mereka. Elemen-elemen ini biasanya adalah elemen yang tidak dapat dilakukan dengan lakonan atau set-set filem yang terlalu besar untuk dilakukan. Filem animasi memerlukan ketekunan dan perancangan serta kuasa pengkomputeran yang tinggi untuk merender setiap pergerakan animasi.

f. Penggunaan komputer dalam bidang perubatan

Teleperubatan mengubah dimensi baru perubatan moden. Dengan teleperubatan, pembedahan boleh dilakukan dari jarak jauh. Pakar-pakar perubatan yang berada di tempat lain boleh memberikan arahan menggunakan teknologi perkomputeran dalam melakukan pembedahan jarak jauh. Bergerak selangkah lagi kemajuan yang dicapai dengan keterampilan pengunaan komputer ialah pembedahan dilakukan oleh robot melalui kawalan jarak jauh.

Di negara kita, Hospital Selayang dan Hospital Putrajaya ialah hospital tanpa kertas kerana banyak urusan penyimpanan rekod pesakit dan rawatan menggunakan kecanggihan komputer. Keterampilan penggunaan komputer membolehkan penghantaran spesimen pesakit ke bilik-bilik tertentu dilakukan oleh alat yang dikawal oleh komputer. Pelbagai penyakit dapat dikesan dengan mudah dan cepat seperti menggunakan peralatan Magnetic Resonance Imaging (MRI), CT Scan, ultra sound dan lain-lain lagi. Oleh itu, dengan keterampilan penggunaan komputer,

jangka hidup manusia menjadi lebih panjang dan kualiti hidup kita secara keseluruhannya semakin meningkat.

3. Anda sebagai seorang yang berilmu

Sungguhpun penggunaan komputer dalam pendidikan di negara ini sudah menjadi fokus baru yang sering dikaitkan dengan keberkesanan dan kualiti tetapi realitinya di sesetengah sekolah, pengunaan komputer belum lagi mencapai tahap yang diharapkan yang boleh menyumbang kepada produktiviti yang tinggi. Oleh itu program peningkatan profesionalisme guru dalam kemahiran komputer perlu diadakan dari masa ke semasa. Usaha ini membolehkan guru sama-sama menjadi peneraju dalam persada pendidikan sentiasa peka dengan perubahan yang berlaku, khususnya dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.

Program latihan pendidikan guru hendaklah lebih ditumpukan kepada penyepaduan teknologi dengan mata pelajaran yang diajar bukannya berfokus kepada kursus berbentuk kaedah yang banyak menumpukan cara pengajaran mata pelajaran tersebut berdasarkan kurikulum yang ditetapkan.

Di institut pengajian tinggi (IPT), penggunaan komputer adalah sesuatu yang mesti ada pada setiap orang, tidak kira sama ada pelajar, pensyarah, pentadbir atau kakitangan lain. Mereka yang kurang keterampilan dalam pengunaan komputer akan merencatkan kecemerlangan atau produktiviti. Hal ini demikian kerana penggunaan komputer di IPT adalah lebih menyeluruh. Pelajar dapat membuat dan mencari bahan rujukan yang diperlukan dengan melayari internet. Sistem pinjaman buku di perpustakaan telah dikendalikan dengan keterampilan pengunaan komputer. Dengan penggunaan komputer, urusan yang dibuat menjadi lebih mudah serta dan menjimatkan masa dan juga kos.

Selain itu, penggunaan komputer membantu pelajar dan pensyarah mengumpulkan dan memproses data-data statistik untuk kajian dan penyelidikan. Keadaan ini mempercepatkan proses kajian dan penyelidikan dijalankan disamping kemampuan komputer mendapatkan perangkaan yang lebih tepat.

Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) adalah satu program yang tidak dapat dipisahkan dengan penggunaan komputer. Dengan penggunaan komputer yang menyeluruh, capaian ke seluruh negara dapat direalisasikan. Program pendidikan seumpama ini sesuai untuk mereka yang belajar pada kadar sendiri mengikut kesesuaian masa kerja dan komitmen pada keluarga masing-masing. Secara tidak langsung program ini membuka peluang kepada mereka yang menyahut seruan kerajaan ke arah pembelajaran sepanjang hayat.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa, walaupun terdapat sedikit halangan, sikap pelajar secara umumnya terhadap bahan berkomputer adalah baik. Banyak pelajar mendapati bahawa bahan berkomputer telah memberi manfaat kepada mereka. Kajian yang dijalankan pula oleh Daimond, Theimer dan Charp pada tahun 1971 pula mendapati cetusan yang serupa dengan kajian Howell.

Pelajar yang mempelajari bahasa Inggeris menggunakan bahan berkomputer telah menunjukkan kesan yang lebih memberangsangkan berbanding dengan kumpulan yang menggunakan kaedah pengajaran tradisional. Kumpulan pelajar yang belajar berbantukan komputer telah lebih berjaya mempertingkatkan pengetahuan mereka dalam bahagian pemahaman dan perbendaharaan kata.

Hess dan Tenezakis (1973) telah membuat perbandingan dengan memberikan pengajaran berbantukan komputer kepada sejumlah 189 pelajar di sekolah menengah rendah dalam pelajaran matematik. Kumpulan yang mengalami pengajaran berbantukan komputer merasakan bahawa komputer mampu menyampaikan maklumat dengan berkesan kerana pengajaran berbantukan komputer lebih adil, jelas dan mudah. Kajian yang dijalankan di Kuwait, Al-Huunaiyyan, Hewit, Jones dan Messer (1997) melaporkan bahawa staf di Kuwait Higher Education telah mula membangunkan perisian multimedia.

Sebanyak 89 peratus daripada staf menegaskan bahawa mereka yakin akan bahan berkomputer mampu mempertingkatkan pengetahuan pelajar mereka. Sebanyak 88 peratus daripada pelajar pula bersetuju bahawa bahan berkomputer mampu membantu dalam proses pembelajaran mereka.

Di Universiti Teknologi Malaysia, Baharuddin Aris (1999) telah berusaha membangunkan perisian multimedia untuk pelajar yang mengambil jurusan pendidikan. Pakej CERDIK IT, akronim untuk Computer-based Educational Resource and Development in Information Technology, dihasilkan dan melalui fasa penilaian foematif dan sumatif untuk mengkaji keberkesanannya. Dalam penilaian sumatif pakej ini, terdapat peningkatan dari segi pengetahuan pelajar pendidikan mengenai komputer dan teknologi maklumat serta aplikasinya dalam pendidikan selepas mereka menggunakan pakej tersebut. Antara lain, terdapat sikap yang positif terhadap pengunaan pakej sebagai bahan bantuan pembelajaran kendiri.

Data kualitatif yang diperolehi daripada pelajar juga menunjukkan bahawa kebanyakkan daripada mereka merasakan kaedah ini mudah digunakan dan dapat membantu dalam pembelajaran secara autonomi.

4. Kepentingan komputer kepada pengurus sekolah

Penggunaan komputer sememangnya dapat membantu pengurus di sesebuah sekolah dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya. Pengurus sekolah tidak dapat memisahkan dirinya daripada membuat keputusan pada setiap hari kerana ini merupakan elemen penting dalam mentadbir dan mengurus sekolah.

Hakikatnya penggunaan komputer sangat membantu dan menolong seseorang pengurus itu berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah, cepat dan membuat keputusan yang baik yang melibatkan maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar, pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal yang berkaitan dengan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya. Laudon dan laudon (1997) yang menyatakan sistem maklumat dan komunikasi adalah komponen-komponen yang bersepadu yang mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan, merancang, mengawal dan menganalisis.

Secara umumnya penggunaan komputer dapat menukarkan data-data mentah yang tidak memberi makna kepada maklumat yang tersussun dan berguna apabila ianya diproses, disimpan dan boleh dikemaskinikan dengan mudah dan cepat dengan menggunakan pelbagai perisian komputer yang ada. Maklumat-maklumat yang diproses sudah tentu dapat membantu pengurus sekolah membuat keputusan membentuk suasana pembelajaran sepanjang hayat dan memberi peluang-peluang pembelajaran yang tidak ada had maka adalah menjadi satu kewajaran kepada pengurus-pengurus pendidikan untuk menyesuaikan diri dengan segera kepada perubahan-perubahan baru.

Becker (1991) telah membuat kajian berbentuk tinjauan di 22 buah negara. Subjek kajian beliau meliputi pengetua sekolah dan guru-guru yang mempunyai pengetahuan terhadap penggunaan komputer di sekolah. Tijauan ini bertujuan untuk melihat amalan sekolah dan pentadbir serta guru-guru dalam pengunaan komputer di sekolah. Hasil kajian menunjukkan kebanyakkan pentadbir sekolah dan guru-guru menyedari kepentingan penggunaan komputer di sekolah sebagai alat untuk menjimatkan masa dan meningkatkan produktiviti.

Rohana Abdul Rahman (1995) telah menjalankan kajian bertajuk ”Penggunaan Komputer Dalam Pengurusan Sekolah”. Beliau telah memilih seramai empat orang pengetua dan dua puluh lima guru sebagai responden kajian bagi tujuan melihat keberkesanan penggunaan komputer dalam pengurusan sekolah, maslah pengunaan komputer dan sikap guru terhadap penggunaan komputer. Dapatan kajian juga menunjukkan guru merasa wujud kecekapan pengurusan sekolah dengan penggunaan komputer dari segi penggunaan masa yang terbaik untuk menjalankan tugas. Kajian ini juga memperlihatkan 86% responden bersetuju bahawa penggunaan komputer dalam pengurusan sekolah dapat menjimatkan masa.

Daripada dapatan kajian bebrapa orang ahli akademik di negara lain dan juga di negara ini, dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan komputer dalam bidang pendidikan secara berketerampilan dapat memberikan kesan yang positif dan memberangsangkan serta menjamin peningkatan kualiti pencapaian pelajar khususnya dan pendidikan amnya.

Dalam konteks sekolah kini, kebanyakkan sistem pengurusan pejabat menggunakan perisian-perisian seperti MS Excel untuk kewangan sekolah, sistem sokongan keputusan (DSS) untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, sistem maklumat pengurusan (MIS) yang membolehkan capaian mudah kepada data pelajar dan staf, sistem pengautomasian pejabat (OAS) untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan urusan seharian pejabat dengan menghasilkan kerja yang lebih pantas dan kemaskini. Selain dari itu, satu aplikasi komputer dalam pengurusan skim pinjaman buku teks iaitu program sistek teleh dibangunkan untuk membantu pengurusan pinjaman buku teks dapat dijalankan dengan lancar.

Penggunaan komputer dalam aspek pengurusan sekolah juga memainkan peranan yang sangat penting. Di antara aspek pengurusan pendidikan yang memerlukan keterampilan penggunaan komputer dan daapt menjamin kualiti pengurusan serta keberkesanan sekolah adalah seperti berikut :

i. Pengurusan Sekolah

Dalam pengurusan sekolah komputer digunakan untuk mengumpul data, contohnya Education Management Information System (EMIS) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memudahkan pengumpulan data guru dilakukan. Pelbagai maklumat guru dapat dicapai melalui data EMIS untuk pelbagai tujuan sama ada yang berkaitan dengan perkhidmatan guru atau sebarang perancangan yang ingin dilakukan oleh pihak kementerian dapat dilakukan dengan mudah.

Selain itu penyediaan jadual waktu guru yang biasanya membebankan jika dilakukan secara lama dapat dipermudahkan dan dipercepatkan dengan bantuan komputer. Begitu juga halnya dengan penyediaan perancangan takwim, pengagihan tugasan guru serta kerja-kerja perkeranian seperti menyediakan laporan, data dan perangkaan, penyediaan kertas kerja surat menyurat dan sebagainya menjadi lebih efesien dengan keterampilan pengunaan komputer.

ii. Pengurusan Kewangan

Akauntabiliti dalam pengurusan kewangan berhubung rapat dengan sistem pengurusan perakaunan yang cekap dan amanah. Penggunaan komputer dalam pengurusan kewangan dapat membantu meningkatkan kecekapan. Sebagai contohnya, bagi sekolah yang menjadi Pusat Tanggungjawab (PTJ), penggunaan komputer sangat penting untuk merekod segala perbelanjaan atau urus niaga yang pengunaan komputer sangat penting untuk merekodkan segala perbelanjaan atau urus niaga yang dilakukan. Begitu juga halnya, dalam penyediaan Penyata Akaun Sekolah Akhir Tahun (PATSKOM), penggunaan komputer menjadikan kerja lebih efesien dan mengurangkan kesilapan.

iii. Pengurusan Hal Ehwal Murid

Pengunaan komputer dalam mengumpulkan data pelajar di sekolah dibuat dengan menggunakan Sistem Maklumat Murid (SMM). Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, E-Daftar digunakan sebagai satu sistem pendaftaran pelajar yang dibuat dengan penggunaan komputer. Dengan ini, segala maklumat pelajar dapat diperolehi dngan mudah dan cepat untuk pelbagai tujuan dan perancangan. Dengan menggunakan komputer, pihak sekolah, jabatan atau kementerian boleh membuat pengesanan salah laku pelajar di sekolah menggunakan Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM). Sebarang tindakan atau perancangan menangani masalah disiplin pelajar boleh dibuat dengan mudah dan segera.

iv. Pengurusan Kurikulum

Penggunaan komputer juga boleh digunakan untuk menyediakan bahan pengajaran, perancangan program kecemerlengan pelajar, minit mesyuarat dan laporan panitia, menyediakan rekod akademik pelajar, membuat soalan ujian dan peperiksaan serta memebuat analisis keputusan peperiksaan pelajar dan lain-lain lagi. Penggunaan komputer di Pusat Sumber sekolah untuk merekodkan segala perolehan dan peminjaman buku dan bahan rujukan dapat meningkatkan keberkesanan pengurusan sumber sekolah.

v. Pengurusan Kokurikulum

Kemahiran komputer juga diperlukan bagi merekodkan aktiviti dan penglibatan pelajar dalam pengurusan kokurikulum. Rekod ini dapat dikeluarkan dengan mudah dan cepat, terutama bagi tujuan penganugerahan sijil penghargaan kepada pelajar di sekolah serta mendapatkan data pencapaian pelajar dalam aktiviti kokurikulum untuk pelbagai tujuan.

Di institusi pengajian tinggi (IPT), penggunaan komputer adalah sesuatu yang mesti ada pada setiap orang, tidak kira sama ada pelajar, pensyarah, pentadbir atau kakitangan lain. Mana-mana pihak yang kurang keterampilan dalam pengunaan komputer akan merencatkan kecemerlangan atau produktiviti kerana penggunaan komputer di IPT adalah menyeluruh.

Di Kementerian Pelajaran Malaysia, keberkesanan dan kecekapan pengurusan dipertingkatkan melalui perluasan e-pengurusan pada semua peringkat. Sebagai contohnya, di Lembaga Peperiksaan Malaysia, peranan dan fungsi yang digariskan dalam Akta Pendidikan yang melibatkan kerja-kerja penilaian (evaluation), pemilihan (selection) dan pensijilan (certification) dapat diuruskan dengan berkesan dan sistematik dengan kemahiran penggunaan komputer yang tinggi. Penggunaan komputer dalam pengurusan peperiksaan awam amatlah mustahak untuk mengekalkan taraf, memelihara keutuhan peperiksaan, memberi kebolehpercayaan yang tinggi dan seterusnya menjamin kelicinan pengurusan supaya keyakinan masyarakat terhadap peperiksaan sentiasa teguh.

Pada keseluruhannya, kita dapati dalam kebanyakkan perkara yang berhubung dengan pendididkan, penggunaan komputer adalah sangat penting. Oleh itu, pihak pengurusan pendidikan hendaklah memastikan penggunaan komputer di kalangan kakitangan masing-masing adalah pada tahap kemahiran yang tinggi. Bagi mencapai wawasan negara menjadikan negara kita sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bertaraf dunia.

4.1. Cabaran melaksanakan pendidikan berbantukan komputer di sekolah

Cabaran yang pertama ialah sikap guru yang kurang yakin dengan teknologi maklumat dan masih selesa dengan cara pengajaran secara tradisional serta sering membuat alasan bahawa peralatan komputer tiadak mencukupi dan kurang latihan dalam menyepadukan teknologi maklumat dalam pengajaran. Jika digunakan dalam pengajaran hanya pada tahap yang rendah sahaja seperti pemprosesan perkataan dan latih tubi. Teknologi maklumat tidak diintegrasikan sepenuhnya dengan kurikulum yang diajar.

Cabaran yang kedua ialah ketidakdapatan perisian dan tapak web yang sesuai dengan kurikulum pendidikan di negara ini. Kekangan masa dan juga kurang kemahiran merencatkan kreativiti guru untuk menyediakan bahan multimedia yang mampu menarik minat pelajar. Sesetengah guru dan juga pelajar menghadapi masalah bahasa kerana bahan yang terdapat dalam internet dan perisian adalah dalam bahasa Inggeris.

Cabaran yang ketiga ialah peralatan komputer adalah sensitif dan mudah rosak jika tidak diuruskan dengan baik. Penggunaan secara maksimum segenap peralatan dan perisian oleh pelajar terutamanya mungkin menyebabkan kerosakkan. Kos pembaikan pula adalah tinggi kerana sekolah tidak dibekalkan dengan juruteknik untuk menyelenggarakan peralatan ini. Untuk mengelakkan kerosakan, guru-guru mungkin cuba menghadkan pengunaan peralatan tersebut kepada pelajar.

5. Cadangan meningkatkan pengunaan komputer di sekolah

Sungguhpun pengunaan komputer dalam bidang pendidikan di negara ini sudah menjadi fokus baru yang sering dikaitkan dengan keberkesanan dan kualiti tetapi realitinya di sesetengah sekolah, pengunaan komputer belum lagi mencapai tahap yang diharapkan dan boleh menyumbang kepada produktiviti yang tinggi. Di antara cadangan yang mungkin boleh dipertimbangkan supaya penggunaan komputer di sekolah dapat memberikan sumbangan yang baik dalam pengurusan pendidikan adalah seperti berikut:

1. Program peningkatan profesinalisme guru dalam kemahiran komputer perlu diadakan dari masa ke semasa. Usaha ini perlu dilakukan untuk membolehkan guru sama-sama menjadi peneraju dalam persada pendidikan, sentiasa peka dengan perubahan yang berlaku, khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran.

2. Program latihan guru yang diadakan hendaklah lebih ditumpukan kepada penyepaduan teknologi dengan mata pelajaran yang diajar bukannya berfokus kepada kursus berbentuk kaedah yang banyak menumpukan cara pengajaran mata pelajaran tersebut berdasarkan kurikulum yang ditetapkan.

3. Kementerian Pelajaran pula perlu menyediakan peruntukan yang khusus kepada sekolah untuk pembelian dan penyelenggaran peralatan komputer. Hal ini kerana antara masalah yang sering dihadapi di sekolah selain bilangan komputer yang terhad ialah kos penyelenggaran komputer. Dari persepktif pendidikan , keupayaan teknologi maklumat atau penggunaan komputer yang cekap dapat mengubah tahap kualiti pengurusan pendidikan yang sedia ada kepada yang lebih baik. Oleh itu, wajarlah cadangan yang

dikemukakan diambil perhatian dan tindakan oleh pihak yang berkenaan bagi menjamin peningkatan kualiti pendidikan secara keseluruhannya.

6. Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan di Malaysia

Menyedari hakikat bahawa bagi mencapai wawasan negara menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini, kita harus bersaing di peringkat global dan bertindak seiring dengan perlembagaan era baru teknologi maklumat. Komitmen kerajaan ke arah era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah diterjemahkan kepada Koridor Raya Multimedia (MSC), kewujudan Institusi Sistem Mikro Elektronik Malaysia (MIMOS), pembentukan Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Taman Teknologi Malaysia dan penubuhan Universiti Multimedia.

Pelaksanaan projek sekolah bestari dianggap sebagai pemangkin wawasan negara kerana matlamat perlaksanaannya adalah selaras dengan agenda pembangunan negara untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia. Pelaksanaan sekolah bestari bermula pada Januari 1999 di mana 90 buah sekolah telah menjadi perintis kepada projek sekolah bestari dan pada masa yang sama menjadi model kepada sekolah-sekolah yang lain. Hasrat kerajaan menjelang tahun 2010 menjadikan kesemua 10,000 buah sekolah di negara ini menjadi sekolah bestari secara berperingkat-peringkat.

Fokus utama sekolah bestari ialah penumpuan terhadap pembelajaran berlandaskan kemahiran berfikir dan penggunaan komputer dalam pendidikan di sekolah. Sekolah bestari menggunakan sepenuhnya peluang memperkembangkan ilmu dan budaya pemikiran dalam pengajaran dan pembelajaran secara cekap dan berkesan melalui rangkaian dan teknologi multimedia. Pendidikan tradisional selama ini yang berasaskan kebolehan membaca, menulis dan mengira (3M) merupakan tiang seri pendidikan. Memandangkan besarnya pengaruh teknologi maklumat terhadap manusia di era maklumat ini, maka wajarlah pendidkan hari ini dilengkapi dengan satu lagi literasi baru, iaitu literasi teknologi maklumat. Sekarang ini penggunaan komputer dalam bidang pendidikan merupakan sesuatu yang tidak dapat dipisahkan lagi sama ada di sekolah, institusi pengajian tinggi, jabatan pelajaran negeri dan juga Kementerian Pelajaran Malaysia, termasuklah agensi dan badan-badan lain yang berkaitan dengan pendidikan di negara ini. Keterampilan penggunaan yang tinggi adalah antara elemen yang menjadi kayu ukur kepada kualiti perkhidmatan serta kecekapan dan keberkesanan sesebuah institusi pendidikan itu.

Di sekolah, keterampilan guru menggunakan komputer yang diintegrasikan pula dengan pemilihan bahan multi media yang baik dapat menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Antara kelebihan pengajaran berbantukan komputer dalam pendidikan di sekolah termasuklah :

1. Komunikasi maklumat yang efektif

Pengunaan multi media dalam pelbagai bentuk maklumat dapat disampaikan dengan berkesan dan menarik. Contohnya ialah pengunaan grafik dapat memenuhi objektif ini.

2. Format interaktif dan merangsang

Keistimewaan sistem multi media adalah dapat menerima menerima tindak balas berbentuk teks atau suara yang dimasukkan melalui mikrofon oleh pelajar. Aplikasi yang dapat bertindak sebagai sahabat pelajar ini dapat merangsang proses pembelajaran bagi memindahkan pengetahuan yang lebih bermakna.

3. Pengkalan informasi yang berkesan

Penggunaan multi media yang membekalkan pelbagai jenis maklumat, dalam pelbagai bentuk, media dan pendekatan dapat membantu dalam pembentukan corak ingatan yang lebih kompleks dan seterusnya memudahkan proses pencapaian maklumat dilakukan dengan berkesan dan kekal dalm ingatan.

4. Membolehkan pelajar belajar mengikut keperluan sendiri

Pembelajaran berbantukan komputer membolehkan pelajar mencapai maklumat mengikut minat, keupayaan dan kehendak hati sendiri. Ini memberi peluang kepada pelajar untuk belajar mengikut keselesaan masing-masing dan cara yang digemari oleh mereka.

5. Menggalakan pembelajaran kendiri

Dengan menggunakan perisian multi media pendidikan, pembelajaran secara individu yang peka kepada keperluan pelajar dapat disediakan dengan mudah. Pelajar akan berasa seolah-olah berhadapan dengan seorang guru peribadi dalam proses pembelajaran kendiri. Ini dapat membantu meningkatkan keyakinan diri serta menghapuskan perasaan malu yang wujud dalam diri pelajar.

6. Memenuhi stail pembelajaran pelajar

Bahan multi media berupaya menyediakan persekitaran pembelajaran yang berbentuk pelbagai pancaindera dan sesuai untuk manusia yang mempunyai berbagai-bagai gaya pembelajaran dan tahap kognitif.

7. Meningkatkan minat dan motivasi pelajar

Menggunakan komputer semasa mengajar dan belajar dapat meningkatkan semangat atau motivasi untuk terus belajar dan mencuba sesuatu yang baru.

Apabila minat dan motivasi pelajar dirangsang, proses pembelajaran akan lebih mudah dilaksanakan.

Sekolah yang cemerlang sering diukur dari segi pencapaian pelajarnya yang cemerlang. Pelajar akan mendapat kecemerlangan sekiranya guru berketerampilan dalam mengintegerasikan teknologi komputer dalam mata pelajaran yang disampaikan kerana kemampuan kaedah ini sudah terbukti ada kelebihannya.

7. Penutup

Daripada tinjauan yang telah dibuat, sangat jelas kepada kita bahawa pengunaan komputer tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia pada masa kini. Walaupun kos yang dikeluarkan untuk mengadakan peralatan komputer, latihan penggunaan serta penyelenggaraannya tinggi tetapi ternyata pelaburan ini adalah menguntungkan. Kejayaan sesuatu bidang meningkatkan kualiti pengurusan, keberhasilan bidang-bidang tertentu mengaut keuntungan atau meningkatkan produktiviti masing-masing banyak bergantung kepada keterampilan penggunaan komputer di kalangan penggunanya. Komputer mampu melakukan segalanya untuk manusia, namun begitu kita hendaklah sedar bahawa dengan keterampilan penggunaan komputer juga manusia mampu menghancurkan dunia jika tidak dikawal sepenuhnya.

Teknologi komputer telah merevolusikan cara dan budaya kerja, termasuklah dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan. Ini turut membawa kepada beberapa cabaran dan rintangan yang terpaksa dihadapi dan ditangani pengurus dan pemimpin pendidikan dalam menghadapi arus globalisasi masa kini.

BIBLIOGRAFI

http://www.virtualfriends.net/article/articleview.cfm

http://gurubashid.com/blog/ict/kepentingan-ict-kepada-pengurus-sekolah.html

Wan Mustama bin Wan Abdul Hayat, Dr. Ahmad Rafie bin Che Kassim, Mazlan bin Hj Shamsudin, Elhammi bin Hj Ahmad (2004) Integrasi ICT Dalam Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan Pendidikan : Isu Dan Cabaran, Prosiding Seminar Nasional Pengurusan Kepimpinan Pendidikan Ke 12 2004. Institut Aminudin Baki

Tuesday, April 6, 2010

Kepentingan ICT Kepada Pengurus Sekolah

TEKNOLOGI maklumat dan komunikasi (ICT) sememangnya dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya. Pengurus sekolah tidak dapat memisahkan dirinya daripada membuat keputusan pada setiap hari kerana ini merupakan elemen penting dalam mentadbir dan mengurus sekolah. Hakikatnya ICT sangat membantu dan menolong mereka (pengurus sekolah) untuk berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah, cepat dan membuat keputusan yang baik yang melibatkan maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar, pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal yang berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya. Ini bersesuaian dengan pendapat Laudon dan Laudon ( 1997 ) yang menyatakan sistem maklumat dan komunikasi adalah komponen-komponen yang bersepadu yang mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan, merancang, mengawal dan menganalisis. Secara umum ICT dapat menukarkan data-data mentah yang tidak memberi makna kepada maklumat yang tersusun dan berguna apabila ianya diproses, disimpan dan boleh dikemaskinikan dengan mudah dan cepat dengan menggunakan pelbagai perisian komputer yang ada. Maklumat-maklumat yang telah diproses ini sudah tentu dapat membantu pengurus sekolah membuat keputusan-keputusan yang tepat dan berguna dalam perancangan, pemantauan dan kawalan. Sebagai contoh dengan menggunakan sistem maklumat berasaskan komputer, maklumat mengenai pencapaian pelajar dalam peperiksaan disimpan, diproses dan dianalisis dalam bentuk graf, carta pai, carta bar, senarai dan jadual-jadual statistik yang mudah membantu pentadbiran sekolah mengesan kekuatan dan kelemahan yang ada dan seterusnya memudahkan mereka membuat perancangan dan program susulan yang sesuai dan dengan sendirinya keputusan yang diambil nanti relevan dengan isu dan masalah yang berbangkit. Maklumat berkaitan pelajar tidak hanya terhad kepada peperiksaan semata-mata kerana mereka merupakan komuniti utama dalam sesebuah sekolah. Maklumat berkaitan pelajar termasuklah maklumat peribadi, pencapaian akademik, penglibatan kokurikulum, disiplin, sahsiah, buku teks, biasiswa dan sebagainya boleh diakses dengan mudah dan cepat untuk kegunaan pengurusan sekolah dengan bantuan teknologi ICT. Dulu maklumat yang disimpan di dalam fail kurang membantu dan dimanfaatkan kerana sukar dicapai. Tetapi kini dengan bantuan ICT, pengurusan sekolah dapat bekerjasama, berurusan dan membantu pihak luar seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis, Mahkamah dan pihak-pihak tertentu dengan lebih mudah dan cepat apabila maklumat sentiasa dapat dikemaskinikan. Pengetua sebagai pengurus sekolah perlu membuat keputusan yang adil, bijak dan menyenangkan staf dan guru-guru sekolah. Umpamanya dalam menentukan prestasi, kecemerlangan, dan peluang-peluang kenaikan pangkat, suatu rekod dan maklumat yang lengkap dan kemaskini amatlah diperlukan supaya keputusan penilaian itu tepat dan tidak diragui. Rekod-rekod sumbangan, penglibatan dan penghargaan yang diterima dan tindakan proaktif yang positif boleh diperoleh dengan mudah melalui sistem maklumat staf yang ada yang membantu pengurusan sekolah membuat keputusan yang tidak membuta tuli. Selain itu tugas pengurusan pejabat yang berkaitan dengan pengurusan kewangan, pengurusan stok, inventori, pembelian dan pelupusan barang memerlukan satu sistem yang memudahkan pengurusan sekolah membuat keputusan-keputusan penting. “Sistem Sokongan Keputusan” (DSS) adalah perisian komputer yang boleh menganalisis data dan dapat memudahkan pembuatan keputusan berdasarkan output yang ditunjukkan. Reigelath (1987) berpendapat struktur sistem pendidikan semakin rendah apabila masyarakat cepat berubah dengan teknologi tinggi yang berorientasikan maklumat. Berdasarkan kenyataaan tersebut tidak dapat tidak pengurus pendidikan memainkan peranan dan tanggungjawab penting dalam menghadapi cabaran ke arah arus perubahan keseluruhan sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah. Bermula dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran, pendekatannya harus disesuaikan dengan arus perkembangan ICT terkini. Dalam konteks ini guru bukan lagi dilihat sebagai sumber utama untuk menyampaikan maklumat tetapi lebih sebagai pemudah cara. Sebagai pengurus pendidikan sewajarnya mempastikan guru-guru mempunyai kebolehan dan kemahiran memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran ( P & P ) dan tahu menggunakan teknologi komunikasi seperti CD Rom, cakera padat, video, komputer, komputer bimbit, dan perisian-perisian aplikasi komputer seperti e-mail, pengkalan data, pemprosesan perkataan, hamparan eletronik, internet, perisian persembahan dan lain-lainnya. Menurut Stair dan Reynolds ( 1999 ), tujuan utama sistem maklumat dan komunikasi adalah untuk membantu organisasi mencapai matlamat-matlamatnya dengan membekalkan pengurus-pengurus dengan “insight” ke atas operasi organisasi supaya mereka dapat mengawal, mengelola dan merancang dengan lebih berkesan dan lebih cekap. Justeru itu pengurus sekolah seharusnya menyiapkan diri dengan kepakaran dan kelebihan dalam teknologi maklumat ini kerana kemampuan mereka itu akan memudahkan sekolah diurus dengan berkesan dan cemerlang dan boleh menghadapi perubahan-perubahan drastik dalam dunia pendidikan. Kementerian Pendidikan umpamanya sebagai badan induk dunia pendidikan telah memainkan peranan penting untuk menghadapi zaman globalisasi dan dunia pendidikan tanpa sempadan dengan memasukkan kurikulum ICT dalam KBSR dan KBSM. Di samping sifat ICT itu sendiri yang membentuk suasana pembelajaran sepanjang hayat dan memberi peluang-peluang pembelajaran yang tidak ada had maka adalah menjadi suatu kewajaran kepada pengurus-pengurus pendidikan untuk menyesuaikan diri dengan segera kepada perubahan-perubahan ini. Dalam konteks sekolah kini, kebanyakan sistem pengurusan pejabat menggunakan peralatan komputer dengan menggunakan perisian-perisian seperti MS Excel untuk kewangan sekolah, sistem sokongan keputusan (DSS) untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, sistem maklumat pengurusan (MIS) yang membolehkan capaian mudah kepada data pelajar dan staf, sistem pengautomasian pejabat (OAS) untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan urusan seharian pejabat dengan menghasilkan kerja yang lebih pantas dan lebih kemaskini. Selain itu satu aplikasi komputer dalam pengurusan skim pinjaman buku teks dibangunkan menggunakan perisian dBase IV dapat membantu pengurusan dalam proses pinjaman buku. Keadaan-keadaan ini amat menuntut pengurus sekolah supaya sama-sama bergerak seiring dengan arus perubahan tersebut supaya mereka menjadi seorang pengurus, pemimpin dan pentadbir yang berketrampilan dan berwibawa seperti mana pandangan Zarina Zakaria ( 1998 ) yang menyatakan bahawa ekspektasi pentadbir sekolah terhadap sistem-sistem maklumat dan sikap mereka terhadap penggunaan komputer memberikan impak yang besar kepada kejayaan sekolah. Komunikasi merupakan proses penghantaran dan penerimaan mesej. Melalui komunikasi pengurusan dan pentadbiran sekolah boleh berkongsi maklumat-maklumat yang berguna untuk sebarang urusan. Bentuk komunikasi seperti surat-menyurat, memo, fax, pesanan suara dan telefon adalah menjadi kebiasaan di mana-mana. Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), penguasaan kemahiran komunikasi yang berasaskan teknologi terkini amat penting untuk dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengurusan sekolah kerana ianya lebih memberi sumber maklumat yang boleh diakseskan secara global di samping ianya lebih cepat, lebih jelas dan menarik. Proses-proses komunikasi boleh dikembangkan dan dipertingkatkan dengan bantuan peralatan teknologi komunikasi tersebut. Maklumat boleh diulang-ulang, boleh dihantar dalam pelbagai keadaan dan bentuk seperti gambarajah dan carta serta diikuti dengan kesan audio. Sebagai contohnya, penggunaan e-mail berasaskan web memudahkan pengurusan sekolah menerima mesej dan maklumat daripada pihak yang berkepentingan dengan sekolah seperti Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran dan sebagainya dengan lebih lancar, jelas dan sempurna. Di samping mendapat maklumat dengan cepat, maklumat-maklumat itu boleh merangkumi bukan sahaja teks, malahan gambar, animasi, grafik dan audio juga boleh diperoleh. Maklumat-maklumat boleh segera diperolehi melalui penggunaan internet menerusi “File Transfer Protocol” , “World Wide Web” dan sebagainya yang dapat membantu organisasi sekolah mendapat ilmu pengetahuan yang baru dan terkini. Hakikatnya memang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasi sekolah yang mendorong untuk menjadikan sekolah sebuah organisasi pembelajaran dan mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan warga sekolah.

Keterangan lanjut sila layari laman web: gurubashid.com/.../kepentingan-ict-kepada-pengurus-sekolah.html

Monday, March 8, 2010

Selamat Datang

Semoga dapat member manfaat kepada semua.