Sunday, April 18, 2010

CABARAN PROFESION PERGURUAN

Profesion keguruan adalah satu bentuk perkhidmatan sosial yang amat mencabar malah terdapat pelbagai tanggapan dan dakwaan berhubung profesion perguruan dewasa ini.
Ada yang melihat sekolah sebagai sebuah organisasi yang dihujani pelbagai bebanan tugas dan ada kalanya bentuk tugasan ini bukan yang terancang tapi sesuatu tidak terduga. Pandangan sebegini pasti akan menyebabkan reputasi profesion perguruan yang sentiasa dipandang tinggi dan mulia terjejas.
Guru profesional adalah seorang seseorang yang tahu menghasilkan kerja bermutu tinggi dalam bidangnya serta sentiasa bersedia berkongsi kepakarannya di samping sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Matlamat kerjaya seoarang guru ialah menghayati prinsip perkembangan yang berterusan.
Impak daripada tugas yang dilaksanakan ternyata memberi sumbangan yang amat penting dalam pembangunan ekonomi dan masa depan generasi muda khususnya dalam konteks pembinaan modal insan. Seorang guru perlu melalui beberapa peringkat dalam kerjayanya sebelum dapat mencapai ke tahap kepakaran atau kecemerlangan. Antara cabaran yang perlu ditangani para pendidik kini adalah untuk melahirkan masyarakat bersatu padu, berilmu pengetahuan dan berdaya saing.
Ini kerana masyarakat kini bersifat dinamik dan progresif serta mula menyedari bahawa pendidikan adalah alat penting untuk menjamin kesejahteraan hidup pada masa akan datang. Pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama iaitu mengajar, mendidik serta merubah manusia yang bernama pelajar daripada keadaan tidak mengenal huruf, mengira dan membaca kepada celik huruf, bijak dan menjadi manusia berjaya.

rosmaliana @hmetro.com.my

Untuk bacaan lanjut, sila rujuk Harian Metro, Sabtu 17 Aril 2010, ruangan 1klassifieds.

2 comments:

jemaya63 said...

ICT memang amat mencabar bagi guru-guru yang telah senior seperti kita ... Diluar sana ramai yang fobia dengan ICT...sayang mereka enggan mencuba sedangkan ia amat berharga jika dapat menguasainya ... anak murid tak boleh pandang lekeh pada kita ...

hooyupee said...

Macamana hendak membantu orang yang fobia komputer ini? Menyedarkan mereka bahawa manusia yang mencipta mesin, manusia lebih pandai, jika mahu belajar, mesti boleh berjaya. Contohnya belajar memandu kereta, atau belajar menaip mesin taip dulu...

Post a Comment